
SOALAN LAZIM
Tidak Pasti Apa Untuk Ditanya?
Siapakah Pesuruhjaya Sumpah?
Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara di bawah seksyen 11, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.
Bagaimana untuk memastikan kesahihan seorang Pesuruhjaya Sumpah?
Anda boleh melakukan carian nama Pesuruhjaya Sumpah di direktori Unit Pesuruhjaya Sumpah melalui pautan ini :​
​
Bagaimana untuk mengesahkan identiti Pesuruhjaya Sumpah?
Seorang Pesuruhjaya Sumpah yang sah akan tersenarai di Direktori Pesuruhjaya Sumpah dan akan mempunyai No Pengenalan Diri yang sah selain memiliki watikah perlantikan dari YAA Ketua Hakim Negara.
Apakah waktu operasi Pesuruhjaya Sumpah?
Kami beroperasi Isnin hingga Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 4 petang, kecuali pada cuti umum.
Adakah saya perlu membuat temujanji?
Temujanji tidak diperlukan, tetapi sekiranya anda tidak mahu menunggu giliran sekiranya terdapat ramai pelanggan, anda boleh dapatkan temujanji melalui Whatsapp ke 016-331 3750
Apakah dokumen-dokumen yang boleh disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah?
Dibawah peruntukkan subkaedah 10 [1] KKPS 2018 dan Akta Akuan Berkanun 1960, kami boleh menurunkan meterai kami untuk:​
​
- mengambil sumpah untuk justifikasi jaminan
​
- mengambil sumpah untuk afidavit atau ikrar
​
- mengambil sumpah wasi dan pentadbir
- mengambil sumpah mana-mana orang yang akan melalui prosiding mahkamah
​
- mengambil dan menerima akuan berkanun
​
- mengesahkan dan memeterai apa-apa dokumen untuk digunapakai dibawah undang-undang
​
Apakah yang saya perlu bawa untuk berjumpa Pesuruhjaya Sumpah?
Anda mestilah membawa bersama :
​
a) Semua dokumen asal yang hendak dimeterai atau disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah
​
b) Semua dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan
​
c) Bagi Akuan Berkanun (Akuan Bersumpah), sila pastikan anda menggunakan bersama borang Akuan Berkanun (Borang AM 80) dengan format yang betul seperti diperuntukkan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (klik di sini untuk memuat turun format yang betul : Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris). Borang tersebut juga terdapat di premis kami.
​
d) Bagi warganegara, MyKad / MyKid asal anda
​
d) Bagi warganegara asing, pasport asal / kad pengenalan identiti luar negara asal / kad UNHCR/ kad pengenalan pelarian atau mana-mana dokumen pengenalan diri asal yang sah
Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah 'mengesahkan salinan asal' dokumen?
Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenarkan untuk mengesahkan salinan asal (CTC) apa-apa dokumen. Namun, Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan untuk mengambil akuan berkanun yang mengesahkan sesuatu pendua itu adalah salinan asal yang sah.
Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah menjadi saksi dalam apa-apa perjanjian?
Tidak. Pesuruhjaya Sumpah TIDAK DIBENARKAN menjadi saksi dalam apa-apa dokumen KECUALI yang tersenarai di bawah ini sahaja:
1) Borang 1 dan 2, Seksyen 3 (Jadual Pertama) Akta Surat Kuasa Wakil 1949
​
2) Perjanjian Pinjaman di bawah Sekyen 27 (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
​
3) Perjanjian di bawah Seksyen 22 Akta Sewa Beli 1967
​
4) Seksyen 97 Ordinan Tanah Negeri Sabah
​
5) Seksyen 84, Akta Profession Undang-undang 1976
Bolehkah sesoarang deponen atau pembuat dokumen diwakilkan sahaja?
Tidak. Pesuruhjaya Sumpah hanya boleh menurunkan meterainya pada dokumen apabila pembuat dokumennya atau deponnenya hadir dihadapan Pesuruhjaya Sumpah itu.​
Kesemua penama atau deponen-deponen di dalam sesebuah dokumen itu haruslah hadir dan menurunkan tandatangan mereka pada masa yang sama di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah membantu menyediakan sesebuah akuan berkanun atau dokumen sumpah dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan itu?
Tidak. Pesuruhjaya Sumpah TIDAK DIBENARKAN untuk menyediakan apa-apa dokumen yang akan dimeterai oleh dirinya sendiri, maka tiada bayaran juga boleh diambil.